Nekad..rembat cermin sisi hanya dalam beberapa saat tengah trafik padat…

865

Isu kecurian cermin sisi di negara jiran semakin tinggi. Tidak ada permintaan maka tiada penawaran.

Namun, aksi seorang pencuri ini berjaya dirakamkan kamera papan pemuka sebuah kereta  yang berlaku di siang hari bahkan di tengah trafik padat.



Video yang dikongsi akaun Instagram @dashcam_owners_indonesia itu menunjukkan lelaki berbaju hijau dan memakai topi mendekati sebuah MPV Toyota lalu merembat cermin sisi hanya dalam beberapa saat saja.

Boleh dilihat kereta yang bergerak perlahan dalam trafik padat itu membrek secara mendadak. Kemudian pencuri berkenaan berlari dirakamkan kamera kereta berkenaan sebelum hilang dari pandangan.

Tangannya memegang cermin sisi malah berjalan santai. Tidak lama kemudian boleh dilihat pemandu MPV hitam itu keluar dari kenderaannya cuba mengejar pencuri berkenaan namun gagal. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Dash Cam Owners Indonesia (@dashcam_owners_indonesia)

Menurut video, kejadian itu berlaku di Jalan S Parman, depan Kampus Untar, Jakarta, Indonesia.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen negara seberang antaranya:

“Ko bisa diliatin tanpa diteriakin atau apapun? mau nanya nih? emang gitu kayanya yah kenyataan dijalan, ga ada yg bantu selain diri sendiri.”

“Gila. Siang-siang curi spion (cermin sisi) di saat mobilnya lagi pada macet.”

“Selama masih banyak yang nyari harga murah dan ga peduli dari mana, bakal terus kejadian.. Kerana sebab utama dari pencurian justru adanya permintaan atau penadah.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here