Lelaki mengamuk cari isteri, pecahkan cermin kereta

580

Seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan cermin sebuah kenderaan dan membakar pondok dipercayai berang kerana gagal menemukan isterinya dalam kejadian di Taman Seri Astana, Kedah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek berusia 54 tahun didapati memegang parang ketika kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu.



“Suspek sebelum itu dikatakan mencari isterinya di rumah mereka di taman perumahan di situ selain di pasar pagi namun tidak menemukannya.

“Lelaki terbabit kemudian ke kedai makan yang sebelum ini diusahakan bersama isterinya dan masih tidak menemukan wanita berkenaan,” katanya. 

Zaidy menjelaskan suspek yang berang terus mengamuk dan membakar pondok di belakang kedai makan milik mereka. 

Dia yang juga seorang penganggur turut memecahkan MPV Naza Ria milik orang awam yang diletakkan berhampiran kedai makan tersebut dan kemudian melarikan diri ke kawasan semak belakang pondok yang dibakar.

Ketika ditahan pihak polis, suspek tidak melawan dan mengakui tindakan itu kerana tertekan masalah rumah tangga.

Polis merampas parang dan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dan empat rekod dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 435/427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api, khianat pe­cah cermin kenderaan dan ugutan jenayah. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here