Geng emak-emak santai naik motor roda tiga, apa yang jadi diakhir video mendebarkan..

925

Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan geng emak-emak sedang menikmati perjalanan membonceng motor roda tiga.

Video dikongsi akaun Instagram @romansasopirtruck menunjukkan dua wanita santai duduk di belakang menikmati perjalanan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Romansa Sopir Truck (@romansasopirtruck)



Mereka terdengar perbualan penunggang motor mengekori di belakang dan bersembang sesama sendiri.

Tetapi insiden luar jangkaan berlaku apabila motor tersebut hilang kawalan lalu ‘terjun’ ke kiri jalan dan melanggar pokok. 

Boleh dilihat emak-emak yang berada di belakang ‘terhumban’ ke dinding pelantar belakang dan penunggang motor cuba keluar bagi menyelamatkan mereka. 

Tidak diketahui apakah yang terjadi selepas itu namun diharapkan penumpang belakang berada dalam keadaan baik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here