#Tular: Polis Buru lelaki pecah cermin kereta dan ugut wanita

712

Seorang lelaki diburu oleh pihak polis yang dikatakan memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, Kelantan pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku berlaku pada 5.45 petang ketika mangsa berumur35 tahun memandu berseorangan dengan Perodua Axia.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa ketika dia sedang memandu berseorangan, kenderaannya dihimpit sebuah Toyota Vios yang dipandu suspek.



“Suspek kemudian secara tiba-tiba menghalang laluan dan berhenti di tengah jalan sebelum menghampiri kenderaan manga lalu memecahkan cermin kereta (bahagian pemandu) serta mengugut mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya sudah mengenal pasti lelaki itu yang berusia 40an dan membuat serbuan ke sebuah rumah di Nilam Puri, Kelantan, namun dia telah menghilangkan diri.

Katanya, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sudah digerakkan bag mengesan dan memburu suspek

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan Seksyen 427 KK.

Sebelum ini tular dua rakaman video kejadian itu sejak semalam, masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat.

Menerusi video itu, suspek dilihat keluar dari keretanya dan memecahkan cermin pada bahagian tempat duduk pemandu sebelum mengugut mangsa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here