Utama Berita Automotif Wanita maut motor bergesel dengan tayar lori

Wanita maut motor bergesel dengan tayar lori

1583
Seorang wanita maut digilis selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan tayar sebuah lori di Jalan Tepi Sungai, Simpang Empat, Hutang Melintang, semalam. 
 
Mangsa yang berusia 39 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku pada jam 12.40 tengah hari.
 
Kejadian disyaki berlaku apabila lori dari sebuah kilang memproses ikan hendak membelok ke kanan ke arah Simpang Empat, Hutan Melintang.
 
“Sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa berada rapat di bahagian tayar sebelah kanan depan lori menyebabkan motosikal bergesel dengan lori dan terjatuh di bawah lori berkenaan dan digilis.
 
“Akibat kemalangan, penunggang motosikal telah tersepit di antara tayar belakang kanan lori dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
 
Kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal mangsa berada di bahagian titik buta pemandu lori menyebabkan mereka bergesel sesama sendiri.
 
Laporan bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here