Hilang di London, Bentley Mulsanne ditemui semula di Pakistan

2147

Model mewah Bentley Mulsanne bernilai £200,000 (RM1.04 juta) dilaporkan hilang di London, anehnya kereta itu ditemui semula 8,046km jauhnya. 

Dikatakan Mulsanne berkenaan disorok di ibu negara United Kingdom berkenaan sebelum diseludup masuk ke Asia Selatan.



Rompakan itu hanya dibongkar oleh ejen penguatkuasa kastam apabila mereka menerima maklumat daripada negara berkenaan.

Pihak media lokal mencadangkan kepada perisik British berkenaan menjejaki Bentley tersebut menggunakan sistem GPS binaan dalam.

Kemudian Mulsanne milik warga UK itu ditemui di kawasan kejiranan mewah sekitar bandar Karachi, Pakistan. 

Pihak kastam kemudian merampas kenderaan tersebut di luar sebuah rumah menggunakan trak tunda susulan tidak menemui kunci.

Selepas mengesahkan nombor pengenalan kenderaan dan casis, ejen mengesahkan ia sepadan dengan ID kereta yang dicuri di London. 

Bahkan, pemilik baharu Bentley Mulsanne tersebut juga mengaku kepada polis tahu tentang status kenderaan curi berkenaan.

Lelaki itu dilaporkan tidak dapat memberikan sebarang dokumentasi yang sah dan pihak polis merampas kenderaan tersebut.

Pembeli dan penjual kenderaan berkenaan turut ditangkap dan kes akan disiasat di bawah undang-undang Akta Kastam 1969.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here