Padah buat Instagram reel, remaja 17 tahun dirempuh kereta api

3079

Gara-gara ingin merakamkan video Instagram reel, seorang remaja berusia 17 tahun di India mengalami kecederaan parah selepas dirempuh kereta api.

Kejadian yang berlaku di Telangana Ahad lalu itu dirakam oleh rakannya dan kilp video berkenaan tular di media sosial dengan 1.5 juta tontonan.



Pelajar Kelas 11 itu ingin merekodkan video sedang berjalan berlatar belakang kereta api yang bergerak.  

Bagaimanapun, aksi itu gagal kerana dia berjalan terlalu hampir dengan trek kereta api dan terpelanting ke udara akibat impak perlanggaran. 

Dalam video itu kedengaran suara rakannya yang memberi amaran sebelum insiden berlaku. Terkejut dengan kejadian yang berlaku, rakannya meluru mendekati mangsa untuk memastikan keadaan. 

Seorang pengawal kereta api yang berada yang menyaksikan kejadian itu menghubungi ambulans dan membawanya ke hospital berdekatan.

Insiden itu dilaporkan berlaku berhampiran stesen kereta api Kazipet di daerah Hanamkonda di Telangana. Remaja lelaki tersebut dikenali sebagai Chintakula Akshay Raju.

Difahamkan, ahli keluarga memindahkan mangsa ke hospital swasta. Doktor memaklumkan Akshay mengalami patah tulang di kaki dan mengalami kecederaan di muka.

Dilaporkan dalam beberapa hari kebelakangan ini ramai yang cuba merakamkan video sedemikian untuk dimuatnaik pada Instagram dan TikTok. 

Pada 2018, seorang remaja cuba merakam video swafoto dengan kereta api tempatan yang dipandu laju dengan latar belakang Hyderabad dan hampir kehilangan nyawa. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here