Tak nak bazir duit, lihat dulu 5 situasi ini punca kereta bergegar…

9838

Kereta yang berusia melebihi lima tahun akan mengalami beberapa masalah antaranya isu gegaran.

Gejala gegaran ini bukan hanya disebabkan oleh satu komponen kadang kala melibatkan bahagian lain pada kenderaan.



Bagi yang kurang arif tentang penyelenggaraan akan bergantung sepenuhnya kepada mekanik. Jika anda bernasib baik baiki di bengkel yang jujur atau OK, wang anda akan selamat.

Namun, jika sebaliknya bimbang masalah yang lebih besar akan berlaku seperti mana perkongsian akaun TikTok Cikgu Tim ini.

Lelaki berkenaan banyak berkongsi tips servis dan mengesan masalah pada kenderaan. Video yang mendapat tontonan sebanyak 620,000 itu berkongsi mengenalpasti antara punca berlakunya gegaran pada kenderaan.

“Kalau kereta anda rasa gegar, jangan simply repair nanti bazirkan duit korang,” katanya. 

Berikut antara komponen yang perlu diberi perhatian apabila timbulnya gejala gegaran ketika pemanduan.

1. Gegar ketika melahu (idling)

Ketika kenderaan pegun atau melahu berlakunya gejala gegaran, kemungkinan besar disebabkan oleh mounting enjin yang rosak.

2. Stereng gegar

Ketika memandu laju anda mendapati gegaran pada bahagian stereng, ini disebabkan penjajaran tayar yang tidak seimbang atau ‘lari’. 

3. Gegar tekan minyak

Jika anda merasai gegaran pada kenderaan ketika menekan pedal minyak dan gejala berkenaan hilang apabila melepaskan pedal, ini bermakna ada masalah pada bahagian drive shaft.

4. Semput bawa perlahan

Ini disebabkan palam pencucuh atau koil palam pencucuh perlu digantikan dengan baru. 

5. Gegar tekan brek

Gejala ini paling mudah dikesan kerana anda akan berasakan gegaran yang begitu ketara. Ini disebabkan brek cakera yang bengkok dan tidak rata. 

@tim_kejaya_oe Kenalli masalah kereta anda !! #cikgutim #kejayaauto #spautocity #desapetaling #oeacademy #tiktokmalaysia #loankereta #usedcar #foryou #fyp #foryourpage #viral #fypシ #info #tiktokguru ♬ original sound – Cikgu Tim | OE | Loan Kedai

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here