Padah buat aksi wheelie dan superman, remaja 17 tahun ditahan Skuad 42

1059
Seorang remaja lelaki ditahan oleh pihak berkuasa selepas melakukan aksi superman dan wheelie di Lebuh AMJ, Bukit Piatu, Melaka.
 
Tindakan merbahaya remaja berusia 17 tahun itu tumpas ketika Operasi Samseng Jalanan yang dilakukan oleh Skuad 42 (RO) Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.
 
Remaja tersebut bakal berdepan pertuduhan Seksyen 42(1) APJ 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 5 tahun dan denda RM5000 hingga RM15000 serta hilang kelayakan lesen memandu.
 
Dalam operasi berkenaan pihak polis mengeluarkan sebanyak 151 saman pelbagai kesalahan yang mana 69 individu dan 78 kenderaan diperiksa manakala 19 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan ubahsuai ekzos.
 
Pihak polis juga menasihati masyarakat supaya tidak melakukan aksi yang merbahaya di atas jalan raya yang boleh mengancam keselamatan pengguna lain.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here