Penyeludup cabut lari tinggalkan Proton Gen 2 bawa petrol dan diesel

575

Seorang penyeludup melarikan diri dan meninggalkan kereta dipandunya yang membawa minyak petrol dan diesel bernilai kira-kira RM2,236 di tepi jalan dekat Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan. 

Kereta jenis Proton Gen 2 itu ditinggalkan di kawasan tersebut kira-kira jam 11 pagi ketika anggota polis menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, ketika menjalankan rondaan, anggota polis melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan.



Menurutnya, anggota bertugas terus menjalankan serbuan terhadap kereta itu sebelum suspek bertindak meninggalkan kereta dipandunya.

“Suspek sempat melarikan diri dan pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sebanyak 840 liter diesel dan 210 liter petrol yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2,236. Pihak polis kemudiannya menyerahkan barang rampasan itu kepada KPDN untuk tindakan lanjut,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here