BSH perkenal warna baharu Honda X-ADV (2023), harga naik RM1,100!

674

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna baharu Shasta White bagi skuter adventure X-ADV di samping warna sedia ada Mat Ballistic Black Metallic dan Pearl Deep Mud Gray.

Pengenalan warna baharu itu membuatkan penampilan jentera lebih elegan dan fascia depan yang agresif dipadankan dengan lampu utama LED dan lampu nyala siang (DRL).



X-ADV dilengkapi enjin 745cc, sistem penyejuk cecair, dua silinder parallel yang menghasilkan kuasa 43hp @6,750rpm dan tork maksimum 69Nm @ 4,750rpm bersama transmisi DCT 6-kelajuan.

Skuter X-ADV yang lebih berkuasa diperkenalkan awal tahun lalu yang dilengkapi dengan panel paparan TFT bersaiz 5-inci bersama Sistem Kawalan Suara Telefon Pintar Honda   (HSVCS).

Ciri peralatan HSVCS yang dihubung menerusi Bluetooth membolehkan penunggang menerima panggilan telefon, e mail, muzik dan navigasi melalui suis bar hendal.

Honda X-ADV (2023) dijual pada harga RM68,899 seunit bersama waranti pengilang dua tahun atau perbatuan 20,000km (mana tiba dahulu). 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here