Honda X-ADV (2022) kini lebih berkuasa dan pilihan warna baharu

1825

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda X-ADV versi naik taraf untuk tunggangan lebih baik.

 



Honda X-ADV (2022) itu menerima naik taraf pada bahagian kuasa dan pengurangan berat badan.

X-ADV kini dilengkapi enjin 745cc, sistem penyejuk cecair, dua silinder parallel yang menghasilkan kuasa 43hp @6,750rpm (+3hp) dan tork maksimum 69Nm @ 4,750rpm (+1Nm) bersama transmisi DCT 6-kelajuan.

 

Ia turut dilengkapi sistem Throttle By Wire (TBW) dengan empat pilihan mod tunggangan iaitu Standard, Sport, Rain dan Gravel dan ditambah dengan mod User yang boleh dilaras mengikut kesesuaian penunggang.

Sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) pula beroperasi dengan lebih lancar melalui tiga tahap intervensi.

Selain itu, skuter advencer itu dilengkapi dengan sistem Kawalan Suara Telefon Pintar Honda (HSVCS) menerusi ketersambungan Bluetooth yang membolehkan penunggang menerima panggilan telefon, e mail, muzik dan navigasi melalui suis bar hendal.

Selain itu, ia dilengkapi dengan visor baharu, Glovebox 1.2 liter, ruang bawah pelana lebih besar (22 liter) lengkap dengan pot pengecas USB dan sistem kunci pintar. Honda juga memastikan penambahbaikan dilakukan kepada sistem brek depan/belakang, sistem ABS, fork USD di depan, lengan ayun Pro-link dan Emergency Stop Signal (ESS).

Ia boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Grand Prix Red, Graphite Black termasuk pilihan warna baharu Mat Ballistic Black Metallic dan boleh dimiliki pada harga RM67,799 tidak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai jalan.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here