Pemenang Ford Mustang nafi ada unsur penipuan

3002

Pemenang cabutan bertuah Ford Mustang pertandingan memancing di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah, baru-baru ini, menafikan dakwaan yang menyatakan ada unsur penipuan atau dirancang ketika sesi cabutan berkenaan.

Muhammad Amerrul Hakimi Mohd. Suhaili, 24, yang dipetik Kosmo berkata, kepada mendakwanya ada kroni, pakai ‘kable’ dan mempunyai hubungan orang dalam, boleh tengok semula kat laman Joran Bukit Merah Laketown.

“Dekat situ ada buat ‘live’ dan tunjuk macam mana telusnya cara mereka buat cabutan bersaksikan orang ramai di sekeliling,” katanya.



Muhammad Amerrul memaklumkan bahawa kereta itu sudah diberikan kepada bapanya sebagai hadiah hari lahir dan terpulang kepadanya sama ada mahu menjual atau sebaliknya.

Hadiah itu adalah Ford Mustang Ecoboost keluar 2016 yang dikatakan berharga antara RM250,000 sehingga RM270,000.

Muhammad Amerrul Hakimi membeli tiket ke tempat memancing itu pada tarikh yang sama hari jadi ayahnya pada 28 Disember 2021 dan daftar daripada Group Team Lanun Johor.

Dia bersama bapa, Mohd Suhaili Ramli serta abangnya, Muhammad Ridhwan ke Jitra dengan menaiki bas rombongan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here