Bas mini boleh bertukar gerabak kereta api dalam 15 saat

1540

Kenderaan Dwi-Mod (DMV) pertama di dunia, yang boleh digunakan di atas jalan raya dan juga di landasan kereta api.

Baru-baru ini, Jepun mendedahkan sebuah kenderaan DMV, dimana ia kelihatan seperti sebuah bas mini yang boleh bergerak di atas jalan raya dan boleh berubah menjadi gerabak kereta api.



DMW unik tersebut boleh menggunakan tayar getah biasa di atas jalan raya dan boleh berubah kepada mod kereta api, dimana sepasang roda logam akan dijatuhkan dari perut kenderaan itu.

Pertukaran mod bagi DMW itu hanya mengambil masa selama 15 saat, yang didatangkan dalam pelbagai warna boleh membawa sehingga 21 penumpang pada satu-satu masa.

DMW yang dilengkapi enjin diesel tersebut, mampu bergerak pada kelajuan 60 km/j di landasan kereta api dan boleh bergerak sehingga 100 km/j di atas jalan raya. 

Kenderaan itu bakal meliputi sebahagian daripada pantai pulau Shikoku, menghubungkan beberapa bandar dan menawarkan penumpang dengan pemandangan tepi laut yang menakjubkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Asa Coast Railway, Shigeki Miura berkata dia yakin kenderaan unik itu dapat membantu bandar kecil seperti Kaiyo dengan populasi yang semakin tua. Malah ia turut membantu syarikat pengangkutan tempatan untuk menjana pendapatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here