Pemenang Ford Mustang, Ducati orang sama?

10875

Tuah seorang lelaki dari Johor yang menang cabutan bertuah sebuah kereta Ford Mustang pada satu pertandingan memancing baru-baru ini menimbulkan tanda tanya orang ramai. 

Buat masa ini, ramai yang mendakwa kemenangan cabutan bertuah tersebut dirancang apabila lelaki itu dikatakan pernah memenangi sebuah motosikal berkuasa tinggi pada 2017.



Tuduhan tersebut dikaitkan apabila beberapa foto lelaki berkenaan yang menang motosikal Ducati Panigale 1199 tular di media sosial.

Lelaki itu menerima superbike tersebut ketika acara cabutan bertuah pada program Motoday Penang (2017). 

Kemudian baru-baru ini, lelaki tersebut sekali lagi bertuah mendapat kereta sport Ford Mustang pada acara pertandingan memancing. 

Orang ramai mendakwa kemenangan itu dirancang penganjur dan mencari akaun Facebook lelaki tersebut yang menggunakan nama Pakcik Ku namun akaun itu dinyahaktif ketika ini.

Adakah ia hanya kebetulan dan sememangnya rezeki lelaki tersebut. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen antaranya:

“Malas nak tuduh tapi kalau betul telah dirancang harapnya penganjur tu bertaubatlah. Jangan cari keuntungan dengan cara macam ni.”

“Netizen sekarang sudah bijak, sekejap je orang tahu. Tambah-tambah acara ini besar. Katanya yuran untuk dapatkan nombor  cabutan pun dah RM60.”

“Kalau dikali dengan beribu manusia yang hadir memang untung sangat la penganjur. Orang pergi sebab letak hadiah cabutan yang mewah. Melayu cukup-cukup lah menipu.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

3 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here