Honda WR-V buatan Indonesia mula dieksport ke dua negara Asia

708

PT Honda Prospect Motor (HPM) menyatakan bakal memulakan eksport Honda WR-V tahun ini.

Sebagai permulaan, kira-kira 6,000 unit WR-V akan dipasarkan ke dua negara di benua Asia bagi pemanduan sebelah kanan.



Pengarah Inovasi Perniagaan dan Jualan PT HPM, Yusak Billy berkata tahun ini pengeluar kenderaan Honda di Indonesia akan mengeksport 30,000 unit.

“BR-V akan dieksport ke 30 negara dan Brio masih dipasarkan ke Filipina dan WR-V untuk kali pertama mula dipasarkan ke dua negara Asia.

“Daripada jumlah 30,000 berkenaan, BR-V penyumbang terbesar dengan jumlah 21,000 unit. Sementara WR-V direncanakan mampu mencapai eksport 6,000 unit,” katanya.

Sementara itu, eksport BR-V digenapkan ke 30 negara yang mana sebelumnya hanya 11 negara tujuan di Asia, Amerika Utara hingga Karibian.

“Dulu (eksport) belum ada WR-V. Tahun ini, sebentar lagi akan kita eksport,” tambah Billy.

Honda WR-V menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC DOHC 4-silinder yang menghasilkan kuasa 119hp @ 6,600 rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm.

SUV berkenaan membuat kemunculan di Indonesia November tahun lalu yang mana bersaing dengan Toyota Raize, Daihatsu Rocky (Perodua Ativa), Kia Sonet dan Nissan Magnite. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here