Honda Malaysia perkenal dua warna baharu bagi BR-V

1409

Honda Malaysia memperkenalkan dua warna baharu Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic bagi model BR-V.

Tawaran tersebut menggantikan warna sedia ada Passion Red Pearl dan Modern Steel Metallic.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Grey Metallic ditawarkan pada model City Hatchback, City sedan, dan Civic serba baharu yang mana mendapat sambutan menggalakkan.



“Memandangkan penerimaan yang baik, kami kini menawarkan pilihan warna tersebut pada BR-V sekaligus meningkatkan lagi daya tarikan MPV tersebut,” jelasnya.

Sejak dilancarkan pada Jun 2020, sebanyak 5,700 unit BR-V terjual sehingga April 2022. MPV tujuh tempat duduk itu dijana oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC  berkuasa 118hp dan tork 145Nm dengan transmisi CVT.

MPV tersebut adalah pilihan ideal untuk pelanggan berkeluarga kerana direka untuk ekstra keluasan untuk penumpang dan muatan barang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here