BFGoodrich Advantage Touring – Meliputi semua saiz untuk sedan, pikap, van mini, dan CUV/SUV

754

Produk tayar berumur 150 tahun, BFGoodrich melancarkan BFGoodrich Advantage Touring iaitu tayar benar-benar berbaloi dimiliki kerana memberikan pemandu keyakinan memandu di apa jua jalan raya yang mereka susuri. 

BFGoodrich Advantage Touring menawarkan liputan pasaran yang menjangkau lebih 85% bagi lingkungan saiz dari 13 hingga 20 inci. Ia hadir dengan 67 saiz tayar, termasuk 30 yang baharu. Jadi ia meliputi sebahagian tayar untuk jentera segmen sedan, pikap, van mini, dan CUV/SUV,



Ini ciri utama BFGoodrich Advantage Touring yang anda perlu tahu:

  • Estetika dan prestasi bunyi hingar yang dinaik taraf – Disumbang oleh reka bentuk bunga tayar baharu yang serba dinamik dan ringkas, di samping corak bunganya yang tidak berarah dan tidak bersimetri dengan tapak yang dioptimumkan menggunakan komputer bagi mengurangkan bunyi hingar kabin interior kenderaan.
  • Dijuruterai untuk pengendalian dan pembrekan yang lebih cemerlang – Reka bentuk bunga tayar tidak bersimetrinya menampilkan blok dan bahu serba tegar yang membekalkan daya pengendalian serta kawalan yang responsif. Blok bunga bersaiz besar dengan aluran yang dalam membawakan prestasi pembrekan terbaik dalam kondisi jalan raya basah mahupun kering. Tidak lupa juga bentuk tayar yang diilhamkan oleh sukan perlumbaan atas jalan yang diceburi BFGoodrich.
  • Ciri kedalaman yang memberi keyakinan kepada pemandu sepanjang hayat tayar – Ia disumbang oleh teknologi jalur saling mengunci yang mengurangkan geseran dan pembentukan haba. Ia sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api; di samping lapisan kontak teroptimum yang dirumus khas untuk pasaran dengan cuaca panas yang ekstrem.

Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan waranti pengeluar bertempoh 6 tahun, menawarkan pengguna nilai yang hebat dengan kualiti bertaraf premium.

Kini tersedia di pusat pengedaran BFGoodrich yang bertauliah di seluruh negara, BFGoodrich Advantage Touring hadir dalam 67 saiz tayar (diberi penarafan kelajuan H, T, dan V) dalam lingkungan 13 hingga 20 inci.

Untuk maklumat lanjut dan gambar, sila layari https://www.bfgoodrich.com.my/auto/tyres/bfgoodrich-advantage-touring.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here