Polis siasat anggota terima duit dari orang awam

428

Polis akan menyiasat satu video tular melibatkan anggota menerima duit daripada orang awam dalam kejadian berlaku di Sandakan, Sabah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat berhubung video berkenaan.

Katanya, siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku oleh anggota berkenaan.



“Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan pihak pemberi,” katanya.

Abdul Fuad meminta agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan, ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here