PROTON lancar Kempen Servis Rahmah: Hanya RM150 sahaja, murah dah ni!

1043

PROTON menyahut inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dengan melancarkan Kempen PROTON Rahmah 2023. 

Berikutan kejayaan pelaksanaan inisiatif menu Rahmah yang dilancarkan pada Januari 2023. Kerajaan sedang berusaha untuk mengembangkannya ke sektor lain yang bole membuat perubahan nyata untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. PROTON berbangga untuk menjawab sahutan itu.

Adakah berbaloi untuk anda melakukan servis pada Kempen Servis Rahmah PROTON 2023 ini? 

  • Sebenarnya, Kempen Servis Rahmah PROTON 2023 sangat berbaloi kerana harga yang dikenakan boleh dikatakan adalah murah. Selain mendapat pemeriksaan 40 mata percuma, anda hanya perlu membayar RM150 sahaja berbanding sebelum ini mencecah atau melebihi RM200.
  • Ini termasuk minyak separa sintetik 10W-30 berkapasiti 4 liter (potongan 25 peratus), penapis minyak enjin dan gasket saluran mengeluarkan minyak pelincir (potongan 10 peratus untuk kedua-dua barangan itu) dan kos buruh (potong RM20).
  • Namun bukan semua kenderaan Proton yang boleh menyertai Kempen PROTON Rahmah 2023. Ini kerana keluarga SUV termasuk Proton X50 dan X90 tidak tersenarai dalam kempen berkenaan.
  • Kempen itu hanya untuk model semasa Proton seperti Saga, Persona, Iriz dan Exora. Tidak lupa juga kepada model lama seperti Inspira, Waja dan Wira. Ini kerana ia termasuk dalam senarai yang boleh menyertai kempen berkenaan.
  • Mereka yang mahu mengambil peluang untuk melakukan servis itu, anda boleh melakukandalam tempoh antara 12 April sehingga 31 Mei ini.



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kempen itu menggalakkan pemilik Proton menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang bertauliah untuk pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakei servis berharga RM150.

“Saya berbesar hati kerana PROTON adalah syarikat automotif pertama yang menyokong inisiatif Kerajaan.

“Saya juga berharap jenama lain akan mengikutinya untuk mengurangkan kos sara hidup mereka yang paling memerlukannya,” katanya ketika pada majlis pelancaran Kempen PROTON Rahmah 2023 di Putrajaya, sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah berkata, kempen inklusif ini memastikan kos dikongsi secara sama rata antara Proton Edar dan pengedar kami sebagai sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). 

“Kami berharap dengan kempen ini, pemilk digalakkan servis kereta mereka di pusat servis yang bertauliah sebelum memulakan perjalanan balik kampung semasa tempoh perayaan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here