Mercedes GLC rosak lepas isi minyak, isteri Haqiem Rusli saman stesen minyak

2583

Isteri penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesen minyak di Terengganu selepas mendakwa enggan bertanggungjawab atas kerosakan yang di alami keretanya. 

Wan Anis Sofea Wan Zamzuri mendakwa Mercedes-Benz GLC yang dinaiki bersama Haqiem tidak dapat bergerak selepas mengisi bahan bakar di sebuah stesen minyak di Kuala Berang, Terengganu, 17 Mac lalu.



“Ketika itu, saya hanya isi minyak kereta seperti biasa, tetapi mungkin pihak stesen tidak memeriksa tangki yang menyalurkan minyak.

“Kemudiannya, apabila kereta mula bergerak dalam 100 meter, tiba-tiba ia keluar tanda amaran mengenai kerosakan yang berlaku pada enjin.

“Kereta tiba-tiba tidak boleh bergerak di tengah lebuhraya. Malah, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku ketika kami mengisi minyak di mana-mana stesen lain.

“Nasib baik ada orang sedang membaiki jalan dan kami masuk di kawasan itu untuk parkir kereta buat sementara waktu.

“Kami terpaksa tunggu kira-kira 4 jam sebelum trak tunda sampai untuk bawa kereta ke bengkel di Kuala Terengganu, Terengganu,” jelasnya. 

Katanya, pihak bengkel memaklumkan dalam tangki minyak kereta terdapat air yang dipercayai masuk ketika mengisi minyak di stesen berkenaan dan dia perlu membayar kos baik pulih mencecah RM50,000.

Tambahnya, pihak stesen minyak tidak memberi kerjasama dan membalas mesej yang dihantar.

“Pada 19 Mac lalu, pihak bengkel maklumkan kepada kami bahawa kereta mengandungi air yang banyak dalam tangki minyak dan anggaran kos membaikinya kira-kira RM50,000.

“Sebelum ini, pihak stesen minyak ada maklumkan, mereka mahu memberikan kerjasama, tetapi akhirnya tiada sebarang maklum balas selama lebih sebulan. Perkara itulah yang membuatkan kami marah sebab kereta ini baru sahaja digunakan dua tahun.

“Kami sudah buat laporan polis dan kes ini juga akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat. Cuma, sekarang kami masih perlu melantik peguam untuk membuat tuntutan kepada pihak stesen minyak berkenaan,” katanya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here