Chery Omoda 5 rasmi lancar (RM108k), pesaing baru Proton X50

667

Chery Malaysia akhirnya rasmi memperkenalkan Omoda 5 ke pasaran tempatan sekaligus merancakkan pasaran SUV tempatan. 

Jenama China itu bersedia mencuri pembahagian kek pasaran SUV segmen-B yang telah diisi oleh Honda HR-V, Toyota Corolla Cross dan Proton X50.



Seperti mana laporan sebelum ini, Omoda 5 merupakan model pemasangan tempatan (CKD) di Inokom Kulim, Kedah.

Chery Omoda 5 ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu:

  • Varian C: RM108,800
  • Varian H: RM118,800

SUV itu dijana oleh enjin 1.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 1546hp dan tork 230Nm. Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi CVT 9-kelajuan.

Berikut informasi ringkas tentang Omoda 5:

  • Didatangkan dengan mod pemanduan Eco dan Sport
  • Kedua-dua varian didatangkan dengan lampu utama dan lampu nyala siang (DRL) LED
  • Rekaan papan pemuka Omoda 5 mengikuti tren terkini yang mana skrin kluster meter bersaiz 10.25-inci disatukan bersama skrin infotainmen hingga ke konsol tengah
  • Skrin hiburan bersaiz 10.25-inci itu juga boleh disambung ke Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar

  • Suasana lampu kabin boleh disesuaikan mengikut citarasa pemilik menerusi 64 pilihan warna  
  • Varian terendah dilengkapi dengan enam pembesar suara manakala varian H pula memiliki lapan pembesar suara dengan sistem audio Sony
  • Tersedianya pengecas tanpa wayar selain slot USB dan Type C di bahagian depan. Omoda 5 juga menyediakan satu slot USB buat penumpang belakang

  • Varian tertinggi akan menerima kerusi kemasan kulit manakala varian C campuran fabrik dan kulit
  • Ciri tambahan yang ditawarkan pada varian H antaranya pelarasan elektrik 6-cara pada kerusi pemandu, fungsi ventilasi pada kerusi depan, rim dua rona warna bersama jalur merah, ciri bukaan pintu bebas tangan, bumbung suria, lampu selekoh LED berturutan, kamera panorama 360 darjah dan efek pencahayaan pada lampu depan dan belakang

Kedua-dua varian didatangkan dengan ciri keselamatan standard Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD), Sistem Bantuan Brek (BA) dan Sistem Ambil Alih Brek (BOS), Program Kestabilan Elekronik (ESP) dan Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Penghidup Bukit (HAC), Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS) dan Kawalan Turun Bukit (HDC). 

Daripada segi dimensi Omoda 5 memiliki panjang 4,400mm, lebar (1,830mm), tinggi (1,585mm) dan jarak roda (2,630mm).

Ini menjadikan Omoda 15mm lebih tinggi dan 40mm lebih lebar serta 5mm lebih rendah dan 20mm lebih panjang berbanding HR-V.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here