Pembeli wanita sumbang 25 peratus jualan Ferrari di China

195

Menurut laporan media, China merupakan negara pertama  yang mana pelanggan wanita menyumbang satu perempat daripada jualan supercar Ferrari baharu dan pra-milik.

Laporan tersebut menyatakan pembeli wanita menyumbang 25 peratus daripada jualan Ferrari di China dalam tempoh lima tahun lalu (tidak termasuk Taiwan dan Hong Kong).

Bagaimanapun, pengeluar supercar Itali itu enggan menyatakan jumlah sebenar pembeli wanita.



Laporan itu menyatakan majoriti wanita yang membeli Ferrari adalah eksekutif industri teknologi, usahawan hartanah dan orang kaya. China pada masa ini mempunyai bilangan bilionair kedua terbesar di dunia, di belakang Amerika Syarikat.

China, Hong Kong dan Taiwan menyumbang 12 peratus daripada jumlah jualan Ferrari tahun lepas, iaitu 1,600 buah kereta. Jumlah ini adalah dua kali ganda berbanding 5-tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna berkata dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini pihaknya melihat peningkatan pelanggan wanita.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here