GoCar Luas Perkhidmatan Perkongsian Kereta ke 10 Stesen MRT, bermula RM6.95 sejam atau RM52 sehari

137

Dalam usaha meningkatkan kemudahan orang ramai di Lembah Klang, GoCar Malaysia mengembangkan platform GoCar Sharing ke 10 stesen MRT terpilih. 

Pengembangan strategik itu bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan perkongsian kereta lebih mudah diakses sebagai satu pilihan mode pengangkutan yang boleh dipercayai oleh pengguna.  

Ditawarkan untuk tempahan pergi balik, lokasi lokasi MRT:

  • Kwasa Damansara
  • Kwasa Sentral
  • Sri Damansara Sentral
  • Kepong Baru
  • Sungai Buloh
  • Jinjang
  • Kuchai
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Taman Equine
  • Putra Permai

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pengembangkan ke stesen-stesen MRT itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan rangkaian. 



“Jadi, lebih ramai pengguna di Lembah Klang boleh mengakses perkhidmatan perkongsian kereta kami yang mudah. 

“Integrasi perkhidmatan kami di antara hub transit seperti stesen MRT akan memangkin penyelesaian mobiliti yang lancar dan efisien pada masa depan,” katanya.

Bagi meraikan pencapaian terbaharu ini, platform mobiliti sebagai satu perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan terkenal itu menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus ke atas semua GoCar Sharing Round Trips dengan kod promo “YAY50”. Lebih menarik lagi, promosi itu tiada had dari segi perbatuan, diskaun maksimum dan penggunaan kod promo. 

Tawaran itu terpakai ke atas kenderaan-kenderaan terpilih dalam rangkaian GoCar termasuklah kereta elektrik kecuali Ora Good Cat.

Promosi eksklusif itu bermula sekarang hingga 15 Disember 2023 untuk perjalanan dalam tempoh sama dan boleh didapati di semua lokasi.

Untuk menempah GoCar Sharing Round Trip, download aplikasi mudah alih

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here