Hyundai Inster adalah EV subkompak yang comel dengan jarak 355 km

180

Nampaknya satu lagi model baharu bakal menerjah pasaran kenderaan elektrik (EV) tidak lama lagi.

Ini kerana Hyundai telah menyiarkan imej teaser pertama untuk EV subkompak baharu mereka yang dikenali sebagai Inster.

Hyundai Casper

Menurut syarikat itu, nama Inster merupakan gabungan “intimate,” “innovative” dan “Casper”, iaitu crossover kompak yang dijual di Korea Selatan. Namun untuk pasaran Korea, model ini akan dipasarkan sebagai Casper Electric.



Jadi, boleh dikatakan yang Inster adalah EV yang dibina menggunakan Casper sebagai asas.

Tidak pasti sama ada ia dibina menggunakan platform K1 yang sama, namun imej teaser rasmi dari Hyundai menunjukkan yang Inster mempunyai bentuk badan yang sama dengan Casper.

Malah, elemen-elemen yang terdapat pada Casper seperti lampu nyalaan siang LED berbentuk bulat, rel bumbung dan kemasan plastik hitam di sekeliling badan juga dibawa ke Inster.

Bagaimanapun, EV ini boleh dibezakan menerusi lampu Parametric Pixel (seperti yang terdapat pada Ioniq 5 dan 6) pada bahagian depan dan belakang, rim empat jejari, serta port pengecasn pada bampar depan.

Mengenai spesifikasi teknikal pula, Hyundai masih belum mendedahkan perincian tersebut namun syarikat itu berkata bahawa Inster menawarkan jarak gerak maksimum 355 km berdasarkan kitaran WLTP.

Inster akan membuat debut globalnya pada acara Busan International Mobility Show pada bulan ini. Ia dijangka menjadi model EV paling mampu milik Hyundai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here