Hyundai IONIQ 6 lancar di Malaysia: Dua varian, dijual bermula RM298,888

547

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini secara rasmi melancarkan model sedan elektrik IONIQ 6 2023 selepas pelancaran IONIQ 5 pada 2022. 

Untuk pasaran Malaysia, Hyundai IONIQ 6 boleh didapati dalam dua pilihan varian:

Varian Max RWD

  • Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
  • 168 kW, 350 Nm
  • Pecutan 0-100 km/j 7.4 saat

Varian Max AWD

  • Motor elektrik berkembar, pacuan semua roda
  • 239 kW, 605 Nm
  • Pecutan 0-100 km/j 5.1 saat

Kedua-dua varian didatangkan standard dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 77.4 kWh yang membenarkan jarak gerak sejauh 614 km, atau sehingga 519 km untuk varian Max AWD. 



Hyundai IONIQ 6 berukuran panjang 4,855 mm, lebar (1,880 mm), tinggi (1,495 mm) dan jarak roda 2,950 mm. Ia juga memiliki ruang kargo sebesar 401 liter. 

Terdapat ruang kargo tambahan di bahagian ‘frunk’ sebesar 45 liter untuk model asas, atau sebesar 14.5 liter untuk varian Max AWD.

Sistem suspensi Hyundai IONIQ 6 menggunakan topang MacPherson di hadapan, dan tetapan Multilink di bahagian belakang.

Hanya 18 minit untuk mengecas 0-80 peratus

Hyundai IONIQ 6 menyokong pengecasan AC 11 kW di mana pengecasan penuh boleh dicapai dalam masa 7.1 jam, atau pengecasan DC 350 kW di mana bateri boleh dicas 10 sehingga 80 peratus dalam 18 minit sahaja. 

Ciri yang terdapat pada IONIQ 6 termasuklah elemen rekaan Parametric Pixel yang menjadi identiti kenderaan Hyundai, diikuti dengan skrin berkembar 12.3 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecasan tanpa wayar, penggunaan bahan mesra alam, serta sistem pencahayaan ambien. 

Selain itu, IONIQ 6 mempunyai sistem kawalan iklim automatic dua zon, sistem audo Bose dengan lapan pembesar suara, sistem kemasukan kunci pintar, skrin paparan head-up, shift-by-wire, paddle shifter untuk kawalan brek regeneratif, serta sistem bunyi Electric-Active Sound Design (e-ASD). 

Fungsi Vehicle-to-Load

Hyundai IONIQ 6 turut menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) di mana kereta elektrik ini boleh berubah menjadi genset mudah alih. Anda boleh menggunakannya untuk barangan elektrik seperti kelengkapan berkhemah, mengecas laptop atau basikal elektrik, serta menyelamatkan EV yang terkandas di tepi jalan.

Dari segi keselamatan, Hyundai IONIQ 6 dilengkapi dengan tujuh beg udara, ABS, EBD, Bantuan Mula Mendaki (HAC), Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.

Sistem keselamatan Hyundai SMARTSENSE turut tersedia membabitkan:

  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA)
  • Bantuan Pemanduan Lebuhraya (HDA2)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan fungsi Stop & Go
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Parkir (PCA)
  • Sistem Pemantauan Keliling (SVM)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

Harga Hyundai IONIQ 6 

Hyundai IONIQ 6 boleh didapati pada harga bermula dari RM298,888 untuk varian Max RWD, manakala Max AWD berharga RM319,888. 

Hyundai-SDM menawarkan jaminan bateri sehingga lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here