Honda Prelude dihidupkan semula, sah masuk pasaran Eropah

116

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda Prelude akan dihidupkan semula sebagai kereta sport coupe dengan trenkuasa hibrid.

Berita itu diumumkan pada acara Tokyo Mobility Show (2023) yang mana Honda turut memperkenalkan Prelude Concept buat pertama kalinya.



Berita terkini, Honda mengesahkan Prelude versi pengeluaran akan memasuki pasaran Eropah.

Tarikh pelancaran masih belum diumumkan namun menurut Honda, model ikonik itu akan memberikan ‘kegembiraan memandu’ melalui keseimbangan sempurna antara dinamik pemanduan dan kecekapan bahan api.

Honda turut menyiarkan gambar rasmi sebuah lagi Prelude Concept, kali ini dalam warna merah yang kelihatan lebih garang. Ia akan membuat penampilan umum pertama di Goodwood Festival of Speed, bulan ini.

Di samping Prelude generasi pertama, Prelude Concept memang nampak besar namun jika dibandingkan dengan kereta sport masa kini, saiznya tidaklah besar dengan ukuran dikatakan hampir sama dengan Toyota GR86.

Honda sebelum ini mengatakan Prelude akan menawarkan empat tempat duduk namun berdasarkan saiz dan garis bumbungnya, kebarangkalian ia akan memiliki konfigurasi 2+2.

Untuk trenkuasa pula, Prelude akan menampilkan gabungan enjin 2.0 liter empat silinder dan dua buah motor elektrik seperti yang digunakan oleh Civic dan Accord Hybrid.

Bagaimanapun, ia akan mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Untuk transmisi pula, desas desus mengatakan akan menggunakan kotak gear jenis CVT.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here