Myvi Masih No.1! Perodua catat 5.1 Juta unit di jalan raya

165

Sejak ditubuhkan, Perodua mencatatkan 5.1 juta unit kenderaan di jalan raya sehingga 31 Disember 2024.

Berdasarkan data yang dikongsikan kepada pihak media sempena acara ‘Up-Close & Casual With Perodua’ di Kuala Lumpur, semalam.

Honda
Honda

 

Perodua Myvi mencatatkan model paling laris dengan reputasi sebagai “King of the Road” di Malaysia. Model berkenaan mencatatkan 1.487 juta unit dalam tempoh 19 tahun dalam tiga generasi Myvi yang sudah diperkenalkan.

Ditempat kedua diikuti kereta kompak, Axia dengan mencatatkan 746,000 unit dan tempat ketiga adalah Kancil dengan 709,000 unit.

Model sedan, Perodua Bezza kedudukan keempat dengan jumlah 543,000 unit, manakala segmen MPV, Alza mencatatkan 503,000 yang berada ditempat Kelima.

Ia diikuti Perodua Viva dengan 448,000 unit tempat keenam, tempat ketujuh mencatatkan 167,000 untuk Kelisa, manakala Ativa berada kedudukan kelapan dengan 133,000 unit.

Perodua Aruz (125,000 unit), Kelisa (121,000 unit) dan Kembara (78,000) masing-masing berada ditempat kesembilan, ke-10 serta ke-11. 

Model paling sedikit dijual oleh Perodua sepanjang operasinya sejak 1993 adalah Rusa dengan mencatatkan 35,000 yang dijual antara 1996 sehingga 2008.

Sementara itu, berdasarkan data jualan kereta penumpang di ASEAN bagi tahun 2023 dan 2024, Perodua mencatatkan peningkatan dengan naik ke tempat kedua dalam ranking jualan.

Pada 2023, Perodua berada di kedudukan ketiga dengan jumlah jualan sebanyak 330,000 unit, di belakang Toyota (752,000 unit) dan Honda (351,000 unit). 

Namun, pada tahun lalu, Perodua berjaya memintas kedudukan kedua dengan 358,000 unit terjual, mengatasi Honda dengan jualan 303,000 unit.

Kedudukannya Toyota masih lagi kekal sebagai pengeluar kereta terlaris di ASEAN dengan jualan sebanyak 714,000 unit pada tahun 2024, walaupun jumlah menurun berbanding tahun sebelumnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here