Proton Saga AMA01 diuji di kawasan salji

31

Menjelang pelancaran sedan popular tempatan, Proton mendedahkan informasi dan sebahagian rekaan luaran dan dalaman Saga AMA01 (MC3), baru-baru ini.

Pada majlis peluncuran kemudahan kilang tenaga baharu (NEV) Proton di Tanjong Malim, pengeluar kenderaan nasional itu berkongsi perjalanan pembangunan Proton Saga AMA berkenaan.

Berikut informasi yang dikongsi menerusi pembentangan video Proton :

  • Proton Saga baharu akan menggunakan platform MMA. Platform AMA bukti sebenar kehebatan kejuruteraan Malaysia yang dipacu 240 bakat tempatan yang terlibat dalam rekaan sehingga pengeluaran massa. 
  • Projek Saga melibatkan kolaborasi dengan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Proton (PRDC) yang berkongsi pengalaman sekaligus dapat mempercepatkan penyelesaian masalah. 
  • Pembangunan Saga AMA01 juga melibatkan sinergi kerja antara PRDC dan pasukan pembangunan Geely di China. 
  • Menggunakan enjin baharu yang turut akan dipasang pada model platform AMA yang lain. 
  • Menurut pihak teknikal, enjin dari Geely itu telahpun mendapat sentuhan talaan dalaman Proton Malaysia. 

  • Model itu juga didatangkan dengan ciri keselamatan termaju (ADAS) misalnya pengesana titik buta (BSD) dan sistem brek kecemasan autonomi (AEB).

  • Proton menyatakan ciri keselamatan AEB dibangunkan sepenuhnya oleh kejuruteraan tempatan dengan sokongan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari China.

Di samping itu, pada video berkenaan juga mendedahkan Saga turut menjalani ujian ekstrem termasuklah ujian kenderaan pada musim sejuk dan salji.  

Rekaan luaran turut mendedahkan bahagian muka depan Saga yag mengambil bahasa rekaan model Proton sebelumnya menerusi lampu depan jenis LED bersama lampu nyala siang (DRL) di bahagian bawah, gril Infinite Weave dan Ethereal Bow serta bampar baharu.

Sementara rekaan lampu belakang mirip S70 dengan padanan kemasan smoked dengan jalur LED terputus serta lampu yang ditarik sepanjang but belakang.

Manakala kabin pula mendedahkan stereng yang boleh didapati pada Proton X50, tombol gear baharu, skrin hiburan dan kluster instrumental yang bersambung.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here