Utama Berita Automotif Kelayakan subsidi petrol RON95 berdasarkan sistem PADU

Kelayakan subsidi petrol RON95 berdasarkan sistem PADU

10

Dewan Negara dimaklumkan, kerajaan akan menggunakan sistem PADU untuk menentukan kelayakan subsidi petrol RON95.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu untuk memastikan hanya yang benar-benar layak menerima manfaatnya.

“Kita akan umumkan dan laksanakan pada akhir bulan ini dengan jaminan rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rose Suryati Alang mengenai pendekatan terkini yang diambil bagi subsidi minyak dan kelancaran pelaksanaannya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata, kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Menurut beliau, kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi tersebut akan dimuktamadkan oleh kerajaan bersama pihak berkepentingan.

“Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.

“Kerajaan bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran menggunakan MyKad dapat digunakan sebaik (penyasaran) subsidi RON95 dilaksanakan,” katanya.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here