Utama Berita Automotif Tiga warga asing ditahan lombong emas secara haram

Tiga warga asing ditahan lombong emas secara haram

9
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kota Bharu merampas jentera jengkaut hidraulik bernilai hampir RM450,000 selepas menumpaskan kegiatan perlombongan emas haram di kawasan ladang sawit Sungai Seting, Gua Musang, Kelantan.
 
Dalam operasi bersepadu bersama Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman itu turut menyita beberapa mesin dan peralatan perlombongan dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM510,021.
 
 
Menurut Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Rosli Md Yusof, operasi yang dijalankan seawal jam 5.30 pagi itu berjaya menahan tiga lelaki warga asing.
 
“Dua dari Myanmar dan seorang dari Indonesia yang disyaki menjalankan aktiviti melombong emas tanpa permit serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.
 
“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965. Semua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala barang rampasan disita oleh Pejabat Tanah dan Galian Kelantan,” jelasnya.
 
Tambah beliau, operasi sedemikian membuktikan komitmen PDRM bersama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras kegiatan perlombongan haram yang merugikan negara.
 
 
 
 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here