Utama Berita Automotif Maut dihempap pengorek jengkaut

Maut dihempap pengorek jengkaut

36

Seorang lelaki maut dipercayai dihempap bahagian pengorek atau ‘bucket’ jengkaut semasa melakukan kerja-kerja pembinaan longkang di Jalan Pantai Geting, Pengkalan Kubor di Tumpat, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, mangsa, Ahmad Azwan Muhamed, 31, meninggal di lokasi kejadian.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat telah menerima panggilan kecemasan pada jam lebih kurang 1.40 petang berhubung kes kematian seorang lelaki di kawasan tapak pembinaan longkang.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian berlaku, mangsa sedang menjalankan kerja pemasangan longkang di kawasan tepi jalan menghala ke Pantai Geting,” katanya. 

Menurut beliau, sebuah jengkaut yang dikendalikan oleh rakan sekerja mangsa dipercayai tergelincir dan bahagian ‘bucket’ jentera tersebut telah menghempap lelaki berkenaan.

Ujarnya, pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

Mohd Khairi memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat bagi tujuan bedah siasat dan laporan perubatan mengesahkan punca kematian adalah didakwa mengalami kecederaan akibat pembinaan dengan kecederaan intraabdomen yang teruk serta lebam paru-paru kiri.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Tumpat di talian 09-725 7222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here