PMX rasmi lancar kemudahan NEV pertama Proton

17

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim rasmi melancarkan kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional pertama Proton di Muallim, Tanjong Malim. 

Kilang NEV di kawasan berkeluasan 5.57 ekar itu melibatkan pelaburan bernilai RM82 juta dan pengeluaran model pertama e.MAS 7 sudahpun bermula bulan ini.

Berikut fakta ringkas tentang kilang NEV Proton Tanjong Malim :

  • Kapasiti pengeluaran 20,000 unit setahun
  • Reka bentuk diskala membolehkan peningkatan kapasiti sehingga 45,000 
  • Menggunakan barisan pengeluaran modular yang mana fleksibel untuk pemasangan pelbagai model
  • Ruangan khas EV seperti pemasangan bateri, keselamatan voltan tinggi, ujian elektrikal dan gabungan bawah badan EV
  • Infrastruktur seperti sistem utiliti, laluan pengendalian bahan, dan alat kebolehkesanan digital seperti Manufacturing Execution System (MES) dan Warehouse Management System (WMS) tersedia untuk menyokong peningkatan skala masa hadapan tanpa reka bentuk semula
  • Aliran logistik dan sistem storan yang dioptimumkan bagi menyokong pasaran tempatan dan eksport
  • Pembangunan kilang dijangka menjana lebih 200 peluang pekerjaan baharu untuk komuniti tempatan, terutamanya dalam bidang industrialisasi EV dan perkhidmatan teknikal

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here