BMW R 1300 GS Serba Baharu: Bayaran bulanan bermula RM1,968

6

BMW Motorrad Malaysia menawarkan ciri baharu untuk BMW R 1300 GS Serba Baharu dalam varian Triple Black dan GS Trophy, dengan sistem suspensi elektronik terkini menerusi Kawalan Ketinggian Adaptif.

Pertama kali dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2024, BMW R 1300 GS Serba Baharu menetapkan penanda aras dalam aspek prestasi, kawalan dan keselesaan penunggang dalam segmen tunggangan Adventure. 

Dalam penambahbaikan terbaharu itu, elemen segar yang memberikan karakter luar biasa kepada motosikal ini digandingkan dengan teras enjin boxer GS yang berkuasa, kini dipertingkatkan melalui kehadiran Kawalan Ketinggian Adaptif baharu sebagai ciri standard pada varian Triple Black dan GS Trophy. 

Ciri pintar baharu ini dijangka membawa peningkatan yang signifikan terhadap ergonomik keseluruhan dan fungsi yang berfokuskan penunggang untuk BMW R 1300 GS Serba Baharu. 

Ciri Kawalan Ketinggian Adaptif melengkapi kebolehgunaan harian dengan melaras suspensi motosikal secara pintar mengikut pergerakan. 

Ketika dalam keadaan pegun atau pada kelajuan rendah, sistem ini akan menurunkan ketinggian motosikal untuk menambah baik akses kaki ke permukaan jalan sekali gus memudahkan penunggang. 

Apabila kelajuan meningkat, sistem ini akan menaikkan casis secara automatik ke ketinggian tunggangan standard untuk memastikan ergonomik dan kawalan optimum.

Peralihan lancar itu menjamin keselesaan, kawalan, dan keselamatan yang lebih tinggi dalam pelbagai keadaan tunggangan, tanpa menjejaskan prestasi.

Dengan penawaran terbaharu ini, BMW R 1300 GS Serba Baharu terus mendahului dalam aspek prestasi, kawalan, serta keupayaan kembara dalam segmennya.

Dengan pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW R 1300 GS Serba Baharu bermula daripada RM1,968 sebulan. 

Anggaran ini adalah berdasarkan Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman 90 peratus untuk tempoh tujuh tahun. Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan melalui Program Minyak Enjin Premium Terkemuka Industri, Servis Inklusif, serta Program Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.

Harga jualan (di atas jalan, termasuk Program Jaminan Tiga Tahun dan Bantuan Tepi Jalan Tiga Tahun BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) bagi BMW R 1300 GS Serba Baharu adalah RM140,500.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here