Rimac mahu ambil alih pegangan Porsche dalam Bugatti

21

CEO Bugatti Rimac, Mate Rimac dilapor mahu membeli 45 peratus pegangan Porsche di dalam syarikat Bugatti.

Beliau yang juga pengasas Rimac Automobili memberitahu Bloomberg, “Perbincangan ini bukan lagi rahsia. Saya cuma mahu membuat keputusan dan pelaburan jangka panjang tanpa perlu menjelaskannya kepada 50 orang.

Menurut sumber, Rimac menawarkan pembelian $1.1 bilion (RM4.64 bilion) kepada Porsche untuk mengambil alih 45 peratus pegangan syarikat Jerman itu dengan bantuan kumpulan pelabur yang tidak dinamakan.

“Apabila anda melakukan rundingan dengan syarikat perbadanan, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi seperti keluarga, pelbagai keluarga. Ia sebuah topik yang beremosi.

Jenama Bugatti Automotive bernaung di bawah Kumpulan Volkswagen sejak tahun 1998 dan sejak dari itu berubah menjadi jenama kereta hiper di luar kemampuan.

Pada tahun 2021, Rimac membeli pegangan besar di dalam Bugatti, dan mengumumkan penggabungan Rimac Automobili dan Bugatti menjadi Rimac Bugatti.

Porsche pula mengekalkan pegangan 45 peratus di dalam jenama itu sejak tahun 2021.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here