Utama Berita Automotif Repsol kembali jadi penaja utama kelas Moto2, Moto3

Repsol kembali jadi penaja utama kelas Moto2, Moto3

7

Berita tentang pengunduran Repsol daripada MotoGP ternyata mengejutkan ramai pihak setelah berdekad lamanya berkecimpung di dalam sukan permotoran.

Jenama tersebut menyepi sejak Honda memperkenalkan Castrol sebagai penaja utama pasukan perlumbaannya.

Namun, usah risau kerana Repsol dilapor akan kembali menaja sukan perlumbaan dua roda.

Menurut laporan RideApart, Repsol diumumkan sebagai pembekal pelincir rasmi bagi kelas perlumbaan Moto2 dan Moto3 bermula musim 2026.

Ini kerana rakan kongsi Dorna terdahulu, Liqui Moly bersetuju untuk menamatkan kerjasama dua tahun lebih awal berbanding apa yang telah dirancang, dan kekosongan tersebut kini diisi oleh Repsol.

Repsol telah bekerjasama dengan pasukan pengilang Honda MotoGP sejak tahun 1995 dan sepanjang tempoh tersebut mereka menghasilkan rekod 15 juara dunia, 183 kemenangan dan 455 podium.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here