Honda CBR150R Edisi Repsol, terhad 800 unit dengan harga bermula RM13,499

1199

Boon Siew Honda memperkenalkan CBR150R Edisi Repsol yang hanya ditawarkan hanya 800 unit sahaja. 

Sejak dilancarkan pada September 2021, Honda CBR150R telah memperoleh reputasi yang menarik di arena supersports dengan keseimbangan prestasi, gaya dan cirinya tersendiri.

Liveri Repsol yang ikonik pada Honda CBR150R hadir logo Repsol dibalut dengan jalur putih dipaparkan pada tepi motosikal dan warna hitam kebanyakkannya di fender bawah. Rimnya berwarna oren memberikan CBR150R sentuhan atletik apabila berada di atas jalan.



Ia diperkukuh lagi dengan sistem lampu LED penuh dan dwi-lampu LED hadapan yang agresif diperoleh dari DNA CBR250RR. Pada masa sama, didatangkan panel meter digital penuh.

Dipadankan enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150cc, mampu memberikan menyalurkan 16hp pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm pada 7,000 rpm. Ia turut digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan.

CBR150R dilengkapi dengan “Anti-Lock Braking System” 2 Saluran (ABS) yang memberikan keselesaan dan keyakinan membrek kepada penunggang. Slipper Clutch juga merupakan ciri yang tersedia untuk meningkatkan pengalaman penunggang dengan operasi klac yang lebih mudah dan selesa.

Harganya, Honda CBR150R Edisi Repsol dijual bermula RM13,499. Untuk maklumat lanjut mengenai Honda CBR150R Edisi Repsol, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800- 88-3993 atau melayari www.boonsiewhonda.com.my.

Galeri Gambar:

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here