Nak angkat Honda Civic EK4 SiR (1996) ini, tapi harga RM300K lebih!

2068

Honda Civic SiR (1996) ini hanya memiliki odometer 26km yang dibeli langsung dari Jepun oleh Vistec Imports Amerika Syarikat. 

Persoalannya sanggupkah anda mengeluarkan wang sebesar enam angka untuk memiliki hatchback tersebut?. Pengimport tersebut baru-baru ini memuatnaik imej Civic berkenaan di akaun Instagram dan berkongsi maklumat tentang model tersebut.



Civic tersebut disimpan di garaj sejak dibeli dan masih baharu dan asli. Bahkan kerusi masih ditutupi dengan plastik dan karpet dilapik dengan kertas bagi melindungi daripada habuk.

“Ini sangat menarik untuk saya dan satu daripada pencarian dan pembelian sepanjang hayat,” jelas Vistec Imports kepada Carscoops. 

Oleh kerana polisi privasi di garaj lelongan yang dibeli, Vistec Imports tidak dapat menghubungi penjual kereta itu di Jepun. Sayangnya, latar belakang hatchback yang tidak disentuh lebih daripada suku abad itu kekal misteri.

Pihak yang membawa masuk Civic berkenaan tidak mendedahkan jumlah wang yang dikeluarkan membeli model tersebut namun menolak tawaran AS70,000 (RM310,310) sebelum hatchback itu tiba di Amerika Syarikat.

“Saya tahu DM saya akan diisi dengan pertanyaan ‘berapa harga?, tawaran dalam enam digit akan dipertimbangkan. Tidak perlu risau, jika tidak ia akan disimpan dalam koleksi peribadi saya selama bertahun-tahun lagi,” kata pemilik Vistec Imports.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here