Pemandu maut kereta Hyundai terbakar

687

Seorang pemandu kereta disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM303.4 Lebuh Raya Utara-Selatan, Petaling Jaya.

Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 12.53 tengah hari tadi itu turut menyebabkan kereta Hyundai yang dipandu mangsa terbakar dan musnah sepenuhnya. 

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan BBP Serdang bersama beberapa jentera dikerah ke lokasi.



“Kejadian yang berlaku di KM 303.4 Lebuh Raya Utara-Selatan dari Serdang menghala ke Kajang itu membabitkan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an.

“Kemalangan terbabit menyebabkan mangsa cedera di bahagian paha kiri, kanan dan patah tangan kanan. Mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum kenderaan tersebut terbakar,” katanya. 

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here