
Chery Malaysia menganugerahkan pengijazahan 77 orang Penasihat Jualan daripada Program Profesional Jualan Bertauliah Chery (CCSP) pada Majlis Makan Malam Penghargaan Penasihat Jualan, baru-baru ini.
Program CCSP yang direka khas di peringkat tempatan dan dilancarkan pada April 2025, merupakan kursus intensif dan mandatori.
Ia bertujuan untuk memupuk generasi baharu kakitangan jualan yang profesional, berpengetahuan, dan fokus kepada pelanggan yang mana melengkapkan penilaian teori dan bersemuka selepas sekurang-kurangnya enam bulan berkhidmat.
Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata menekankan peranan penting penasihat jualan dalam membentuk pengalaman pemilikan jenama.
“Penasihat jualan kami adalah wajah kepada jenama.
“Oleh kerana teknologi dan produk kami berkembang dengan pantas, adalah penting pasukan jualan kami turut berkembang, memastikan setiap pelanggan menerima maklumat yang tepat, nasihat yang tulus, dan pengalaman bilik pameran yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya.
Beliau menambah, CCSP merupakan tunjang komitmen Chery untuk membina rangkaian jualan yang berpengetahuan, berorientasikan pelanggan, dan berprestasi tinggi.
Memperkasa Tenaga Kerja Hibrid
Membina kejayaan CCSP, yang kini telah memasuki peringkat kedua pada awal Oktober, Chery mengumumkan inisiatif baharu: Program Pakar Chery Super Hybrid (CSH).
Program ini akan menggabungkan latihan teori dan praktikal yang bertujuan melahirkan pakar dalam teknologi CSH yang canggih.
Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap bilik pameran Chery mempunyai sekurang-kurangnya seorang pakar CSH bertauliah untuk membimbing pelanggan dan menjadi mentor kepada penasihat junior, seiring dengan peningkatan minat terhadap kenderaan plug-in hibrid di Malaysia.
Mengiktiraf Pencapaian Tertinggi
Pada majlis yang sama, Chery Malaysia turut mengiktiraf Top 20 Penasihat Jualan Terbaik dari seluruh negara atas prestasi dan dedikasi cemerlang mereka. Antara yang diberi penghormatan ialah:
- Ivy Tan Shiuh Ling (Chery Bukit Mertajam)
- Sim Kee Hong (Chery Ampang)
- Lim Kok Chuan (Chery Bukit Puchong)
Ivy Tan Shiuh Ling, salah seorang penerima anugerah pencapaian tertinggi, berkongsi bahawa kejayaannya hasil daripada membina kepercayaan.
“Menjual kereta bukan hanya tentang nombor, ia tentang memahami manusia. Latihan dan sokongan daripada pasukan Chery membantu saya membina kepercayaan sejati dengan pelanggan,” katanya.
CCSP dan Program Pakar CSH yang akan datang menegaskan komitmen berterusan Chery Malaysia untuk memastikan setiap interaksi pelanggan mencerminkan nilai jenama iaitu inovasi, keprihatinan, dan kecemerlangan.