
Ini merupakan satu contoh yang boleh dibuat sekiranya anda kebetulan mempunyai lebihan duit belanja yang tak habis makan tujuh keturunan.
Ferrari SC40 yang baru sahaja diperkenalkan ini merupakan model binaan sekali (one-make) yang dihasilkan oleh Ferrari Styling Centre.
Ia membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada model ikonik Ferrari F40, dengan rekaan sayap belakang kekal, muncung yang panjang serta muka depan yang dilihat seakan mempunyai lampu pop-up.
Sayang sekali, ciri lampu pop-up tersebut tidak disertakan.
Tidak seperti model asal F40, SC40 dikuasakan oleh enjin V6 yang diambil daripada 296 GTB menghasilkan 819 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat.
Keseluruhan panel luaran dikemaskan dengan warna SC40 White, sementara ruang kabin pula menampilkan penggunaan bahan kevlar dan Alcantara.
Ini mungkin sekali bukanlah satu-satunya projek tribut yang unik, memandangkan Lewis Hamilton sebelum ini pernah melahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan Ferrari menghasilkan sebuah model yang diinspirasikan daripada F40.


































