Kia hasilkan penyegar udara kabin berbau petrol untuk pembeli EV yang suka bernostalgia

8

Terdapat pelbagai cara dibuat oleh pengeluar untuk menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada kenderaan elektrik (EV).

Di Finland, Kia melancarkan kempen baharu dengan memperkenalkan penyegar udara kabin berbau petrol yang boleh digantung pada cermin pandang belakang.

Berdasarkan laporan Tyyliniekka, idea tersebut datang daripada syarikat pengimport Kia, iaitu Astara Auto Finland yang bekerjasama dengan Max Perttula untuk menghasilkan bauan yang agak aneh.

Menurut Perttula, ia mempunyai ramuan asas daripada minyak enjin, nota logam, bauan jasmin dan juga tar birch untuk mengingatkan pemandu tentang kenangan bauan tipikal di bengkel kereta.

Pelancaran penyegar udara berbau petrol ini merupakan sebahagian daripada kempen bagi menggalakkan pembelian EV, terutama EV4 yang baru dilancarkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here