Utama Berita Automotif Richard Hammond tunjuk koleksi motosikal dari pelbagai jenama

Richard Hammond tunjuk koleksi motosikal dari pelbagai jenama

9

Personaliti terkenal Richard Hammond bukanlah asing dengan dunia motosikal, malah beliau pernah menunggang motosikal dalam siaran Top Gear.

Tidak disangka, Richard Hammond turut mempunyai koleksi motosikal yang cukup besar merangkumi pelbagai jenama.

Anda boleh lihat barisan motosikal yang terdiri daripada model klasik dan moden jenama BMW, Honda, Kawasaki, Royal Enfield, Suzuki, Triumph, Yamaha sehinggalah kepada model sporti Ducati.

Menurut Hammond, kesemua koleksi motosikal ini tidak pernah berada di bawah bumbung pada masa yang sama, besar kemungkinan di simpan di tempat yang berbeza mengikut keperluan.

Koleksi tersebut tidak sekadar duduk diam mengumpul habuk, sebaliknya Hammond menyebut beliau akan mencari masa yang sesuai untuk membawa keluar setiap satu motosikal itu untuk ditunggang tanpa mengira keadaan cuaca.

Video penuh boleh ditonton pada pautan dibawah:

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here