Tiada lagi motosikal 50 cc, Honda perkenal barisan model Lite 110 cc

10

Produksi bagi motosikal bersesaran 50 cc di Jepun telah pun ditamatkan kerana pelaksanaan undang-undang pelepasan emisi yang lebih ketat.

Namun usah risau kerana masih lagi wujud barisan model mampu milik ditawarkan untuk pengguna di sana.

Honda baru-baru ini melancarkan barisan model bersesaran 110 cc, iaitu Super Cub 110 Lite, Super Cub Pro 110 Lite, Cross Cub 110 Lite dan skuter Dio 110 Lite.

Kesemua model tersebut dilengkapi dengan enjin silinder tunggal 110 cc dengan kuasa dihadkan kepada 5 hp sahaja di bawah peraturan terbaharu.

Motosikal Super Cub 110 Lite ditawarkan dengan pilihan warna Virgin Beige dan Tasmania Green Metallic, dengan harga jualan bermula dari 314,000 yen (RM8,756).

Versi Super Cub Pro 110 Lite pula hadir dengan warna tunggal Seychelles Night Blue, serta aksesori seperti bakul hadapan dan rak barangan krom di belakang, dengan harga jualan dari 385,000 yen (RM10,736).

Cross Cub 110 Lite berharga 401,500 yen (RM11,196) pula mempunyai penampilan yang lebih lasak, dengan tiga pilihan warna iaitu Bonnie Blue, Harvest Beige atau Matte Armored Green Metallic.

Akhir sekali, skuter praktikal Dio 110 Lite yang hadir dengan pilihan warna Candy Lustre Red, Pearl Snowflake White atau Matte Galaxy Black Metallic, setiap satu berharga 239,000 yen (RM6,664).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here