Harga RON95, RON97 naik 3 sen

7

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan RON97 naik sebanyak tiga sen manakala diesel kekal pada RM3.08 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 Disember ini.

Seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.29 seliter dan RON95 tanpa subsidi pada RM2.66 seliter. 

Menurut kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum adalah seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 3 sen kepada RM3.29 seliter
  2. Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan sebanyak 3 sen kepada RM2.66 seliter
  3. Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter
  4. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM3.08 seliter
  5. Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here