Utama Berita Automotif 9-tahun pandu Myvi tiada cukai jalan

9-tahun pandu Myvi tiada cukai jalan

52
Sebuah Perodua Myvi berwarna putih disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sungai Petani, Kedah selepas pemeriksaan dijalankan mendapati cukai jalan dan insurans kenderaan itu tidak diperbaharui sejak sembilan tahun lalu.
 
Menurut kenyataan, susulan itu pihak JPJ telah mengeluarkan tiga Notis Saman P22 dan tiga Notis Sita dikeluarkan di bawah Seksyen 64(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
 
“Kenderaan tersebut disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Cawangan Sungai Petani untuk tindakan lanjut.
 
“Pemilik kenderaan turut dikenakan tindakan kerana membenarkan pemandu tidak sah menggunakan kenderaan di jalan awam,” jelasnya. 
 
JPJ menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna.
ARTIKEL BERKAITAN

11 tahun tunggang motosikal tanpa cukai jalan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here