Utama Berita Automotif Pemotongan tarif, harga Lotus Eletre dijangka turun 50 peratus di Kanada

Pemotongan tarif, harga Lotus Eletre dijangka turun 50 peratus di Kanada

32

Crossover elektrik, Lotus Eletre dijangka bakal lebih murah 50 peratus di Kanada susulan pengurangan tarif terbaru, menurut perkongsian Lotus Technology.

Pada 16 Januari lalu, Kanada mengumumkan pengurangan tarif daripada 100 peratus kepada hanya 6.1 peratus untuk 49,000 unit kenderaan elektrik (EV) buatan China.

Buat masa ini, Lotus Eletre merupakan satu-satunya EV buatan China yang dijual di Amerika Utara dengan julat harga melebihi USD 80,000 (RM324,520).

Satu-satunya varian yang tersedia, iaitu Carbon yang kini berharga CAD 313,500 (RM1.08 juta) di Kanada. Sebagai perbandingan, harga permulaan model tersebut di China hanyalah CNY 548,000 (RM375,000).

Tarif yang tinggi sebelum ini menjadikan Lotus Eletre salah satu kereta yang tidak mendapat perhatian di Kanada kerana harganya lebih mahal berbanding Lamborghini Urus (bermula sekitar CAD 305,000).

Dasar pengurangan tarif kepada 6.1 peratus itu diumumkan ketika lawatan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, ke China baru-baru ini.

Persaingan Lebih Sengit dengan Porsche

Lotus Technology secara rasmi berkongsi bahawa dasar itu akan membolehkan harga cadangan Lotus Eletre di Kanada dikurangkan sebanyak 50 peratus.

Berdasarkan pengiraan, crossover EV itu akan dijual pada harga mula CAD 156,750 (RM541,000). Untuk rekod, di Kanada Porsche Cayenne GTS berharga CAD134,800 dan pengurangan harga tersebut akan meningkatkan daya saing Eletre secara mendadak.

Selain Lotus, jenama buatan China lain seperti Tesla, Volvo, dan Polestar turut akan mendapat manfaat daripada dasar baharu tersebut.

BYD dan sub-jenama Nio, Firefly, juga sedang meneroka peluang untuk memasuki pasaran Kanada.

Di bawah perjanjian Sino-Kanada, lebih 50 peratus daripada 49,000 EV China yang dibenarkan masuk setahun pada kadar tarif 6.1 peratus dijangka berharga di bawah CAD35,000 (RM120,000).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here