Ini 5 perkara perlu anda tahu tentang hyper SUV Lotus Eletre, harga mula RM578k

958

Lotus Cars Malaysia (LCM), pengedar rasmi jenama Lotus di pasaran tempatan rasmi memperkenalkan hyper-SUV Eletre.

Sebagai permulaan, LCM membawa masuk 200 unit  Eletre dan setakat ini sebanyak 140 unit tempahan diterima. 



Pasaran Malaysia menerima tiga varian:

  • Eletre: RM578,000
  • Eletre S: RM648,000
  • Eletre R: RM798,000

*Waranti pengilang 5-tahun/150,000km dan bateri didatangkan dengan jaminan 8-tahun/200,000km.

ENJIN

Kesemua varian didatangkan dengan bateri 112kWh. Varian Eletre dan Eletre S dikuasakan dengan sistem kelajuan tunggal yang menghasilkan kuasa 602hp dan tork 710Nm.

Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.5 saat dan 80-120kmj kurang daripada 2.2 saat.

Kedua-dua varian mampu mencapai kelajuan maksimum 258km. Selain itu, isian bateri penuh mampu menawarkan perbatuan sejauh 600km.

Sementara, varian Eletre R pula ditawarkan dengan sistem dua kelajuan yang menghasilkan output 905hp dan tork 985Nm. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.95 saat dan 80-120kmj kurang daripada 1.9 saat.

Kelajuan maksimum pula adalah 265kmj dan buat masa ini Eletre R merupakan SUV elektrik penuh dual motor terpantas dunia. Isian bateri penuh menawarkan pemanduan sejauh 490km.

CAS

Kesemua tiga varian didatangkan dengan pengecas 350kW yang mana isian bateri 10-80 peratus mampu dicapai dalam tempoh 20 minit. Lotus turut memberikan pengecas standard 22kW AC.

DIMENSI

Daripada segi dimensi Lotus Eletre memiliki panjang 5,103mm, tinggi 1,630 (rim 20-inci) 1,636 (rim 22/23 inci), jarak roda (3,019mm) dan jarak kelegaan tanah 187mm (rim 20-inci) 194mm (22/23 inci).

REKAAN

Lotus Eletre memiliki elemen reka bentuk kereta sports Lotus Emira, dengan unit lampu utama terpisah, bar lampu belakang LED melintang dan gril depan dengan sistem aerodinamik aktif bertujuan untuk menyejukkan sistem motor elektrik, pek bateri dan brek.

Padanan suspensi multi link di depan dan belakang bersama suspensi udara, Kawalan Peredam Berterusan (DCC), tork vectoring, gril depan aktif dan spoiler bumbung terpisah terapung menyumbang kepada aerodinamik dan pengendalian optimum.

Lotus Eletre didatangkan dengan 5-mod pemanduan yang akan menyesuaikan respons stereng, tetapan peredam, trenkuasa dan pecutan pedal. 

Mod tersebut adalah Range, Tour, Sport, Off Road dan Individual yang ditawarkan standard pada semua varian. Manakala varian R menerima mod tambahan Track yang menawarkan pemanduan berorientasikan prestasi.

KABIN

Ruang kabin Eletre mampu memuatkan empat hingga lima orang pada satu-satu masa, dengan pilihan pemasangan tempat duduk berasingan pada baris kedua.

Tidak menggunakan panel instrumen tradisional, Lotus Eletre dilengkapi dengan jalur paparan nipis setinggi 30mm, dan skrin yang sama turut dipasang pada depan tempat duduk penumpang.

Skrin utama 15.1 inci menempatkan maklumat dan fungsi kenderaan dan tidak ketinggalan sistem paparan head-up dengan ciri realiti terimbuh yang juga merupakan ciri standard.

Selain itu, turut tersedia sistem operasi Lotus Hyper, sistem audio KEF Premium 15 pembesar suara (KEF Reference 23 pembesar suara untuk Eletre R), tempat duduk depan pelarasan 12 peringkat dan ruang but 688 liter.

CIRI KESELAMATAN

Eletre didatangkan dengan empat penderia LIDAR yang boleh didapati pada bahagian atas cermin depan dan belakang, dan dua lagi terletak pada fender depan.

Unit cermin sisi pada Eletre boleh digantikan dengan sistem Electric Reverse Mirror Display (ERMC) yang terdiri daripada tiga unit kamera yang berbeza fungsinya.

Lotus Eletre dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, terima kasih kepada gugusan penderia dan LIDAR yang terpasang pada badan kereta.

Antara ciri ADAS yang ditawarkan termasuklah kawalan jelajah adaptif pintar (ACC), sistem pemantauan pemandu, amaran pelanggaran belakang, amaran lintasan trafik belakang (RCTA), amaran lintasan trafik depan (FCTA), bantuan pengekalan lorong, amaran keluar lorong, sistem pemantauan titik buta dan bantuan parkir.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here