13 motosikal, empat skuter terbakar depan Suria KLCC

770

Orang awam yang berada sekitar Suria KLCC, Jalan Ampang, di sini gempar apabila melihat deretan motosikal yang diletakkan di hadapan pusat beli belah itu terbakar.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.46 petang tadi.



Katanya, seramai 15 anggota lain-lain pangkat beserta 3 biji jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadamkan kebakaran.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik.

“Setelah diteliti, sembilan buah motosikal musnah sepenuhnya manakala , tiga buah lagi terbakar dua peratus sahaja diikuti , satu lagi terbakar 20 peratus.

“Turut sama, empat buah skuter elektrik yang berada di lokasi kejadian musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu,” katanya.

Jelas kenyataan itu, tiada mangsa yang terlibat insiden tersebut dan operasi pemadaman mengunakan teknik offensive dan defensive dilakukan.

Tambah kenyataan itu, api dapat dikawal pada jam 4.04 petang dan punca serta kerugian kebakaran masih dalam siasatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here