Pemuda temui rangka wanita mangsa bunuh dalam beg di hentian bas Kulai

876

Rangka mayat seorang wanita berusia 25 tahun dipercayai dibunuh telah ditemui di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah hentian bas berhampiran Hospital Kulai, Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan rangka mayat itu pada jam 1.50 petang.



Ketika ditemui, rangka mayat berkenaan sudah mereput lebih daripada 50 peratus dengan telah ada ulat ‘maggot’.

“Polis menerima panggilan telefon seorang lelaki memaklumkan terdapat satu beg berisi mayat dijumpai. Rangka mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala.

“Wanita itu dipercayai telah dibunuh lebih dua minggu lalu, bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan,” katanya.

Tambah Beng Yeow, siasatan berhubung kes itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan pesalah boleh dikenakan hukuman mati.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sivachandran di talian 016-2850204.

Terdahulu, penemuan rangka mayat itu tular di media sosial penduduk daerah berkenaan sehingga menyebabkan orang ramai melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang berlaku.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here